letak salji

semarakan kedamaian


tersentuh hati tatkala si kecil menjadi mangsa kerakusan ,keegoan dan kesombongan
manusia yang berhati binatang .. hanya mampu menyumbangkan doa buat mereka ..
semoga mereka sentiasa berada dalam perhatian dan lindungan Allah s.w.t ..
Rasanya baru sekarang mampu aku memberi fokus buat isu ini kerana terlalu banyak orang yang 
menyampaikan sehingga kan punya keraguan di hati untuk mempercayai ..
apapun  , alhamdulillah .. rakyat malaysia masih peka terhadap rakyat palestin ..
semoga mereka tabah !!


********


selama ini kumelihat
 dunia penuh keganasan 
jeritan tangisan itu 
tersentuh hatiku 
bila kah semua ini akan akan berakhir?





  

manusia hilang pertimbangan .
kuasa menjadi rebutan
tiada ketawa riang
di mana cahaya 
 si kecil itu menjadi mangsa



pembunuhan 
penindasan 
milik jiwa keegoan
keamanan 
kebebasan
impian kekal impian
Leburkan rantai penghalang
harapan kita.


Semarakan perjuangan kedaiman..



everyone lets pray to Gaza ..palestin now 





kasih isteri . jasa suami






Pada Suatu Hari....


Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..


dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
...
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"


selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."


Ya Allah...
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..


syurga firadus


Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)





Anas Mencium Keharuman Syurga Firdaus

ANAS bin Nadhar adalah pemuda Muslim yang sangat cekal dan kuat dalam menghadapi apa jua rintangan. Beliau merupakan salah seorang pengikut Rasulullah di medan peperangan.
Beliau sangat gagah ketika bertempur di medan perang ibarat seekor singa yang garang. Semua musuh yang datang akan ditentang dan dibunuh habis-habisan.
Anas pernah melakukan kesilapan pada masa lampau iaitu tidak dapat bersama Rasulullah untuk pergi berjuang di medan peperangan Badar. Apabila mengenang kembali zaman yang lampau itu, beliau betul-betul terasa menyesal dan ingin menebus kembali kesilapannya itu.
Anas ingin terus berjuang menentang musuh pada peperangan yang akan datang. Betapa bersungguh-sungguhnya niat Anas itu, sehingga beliau menemui Rasulullah dan berkata: "Saya tidak menyertai engkau, ya Rasulullah ke medan perang Badar, sewaktu mula pertama kali engkau berhadapan dengan musuh Allah. Sekarang saya berhasrat benar, semoga nanti Allah akan memperkenankan saya memerangi kaum musyrik dan membuktikan betapa besarnya keimanan saya".

Apabila sampai masanya, pergilah Anas bersama-sama tentera Muslimin ke medan pertempuran di Bukit Uhud. Maka berlakulah pertempuran antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy.
Mereka saling berasak-asak, tikam menikam, panah memanah, sehingga lari bertempiaran musuh-musuh Allah itu dalam keadaan ketakutan. Di saat yang sangat kritis itu, Anas berteriak dengan suara yang lantang,
"Tuhanku, ampunilah aku daripada kesalahan yang telah diperbuat oleh mereka yang telah lari dan sucikanlah diriku daripada kekejian yang diperbuat oleh kaum Musyrikin."

Pada peringkat pertama, tentera Muslimin telah menemui kemenangan. Tetapi disebabkan kesalahan yang mereka lakukan iaitu dengan turun dari Bukit Uhud untuk mengutip harta yang ditinggalkan pihak musuh menyebabkan pihak musuh berpatah balik dan menyerang hendap mereka dari belakang.
Keadaan yang tidak bersedia ini menyebabkan tentera Muslimin ditentang habis-habisan.
Dalam keadaan begitu, Anas terus maju ke hadapan menentang pihak musuh yang datang secara mengejut itu.

Lalu beliau menghampiri Saad bin Muaz dan berkata: "Lihat ya Saad, itulah sayap-sayap syurga yang telah kelihatan. Aku telah mencium keharuman kasturinya di bawah tanah Uhud".

Anas sudah mengetahui bahawa ajalnya sudah hampir menjemputnya di perang Uhud. Beliau terdengar seolah-olah bidadari syurga sedang memanggil-manggilnya. Kemudian Anas terus mengayunkan pedangnya ke kiri dan ke kanan memerangi musuh sedaya upaya.

Ketika itu, Anas berada di tengah-tengah pasukan musuh dan api peperangan semakin hebat membakar. Tiba-tiba terdengar satu suara daripada tentera Quraisy mengatakan Rasulullah telah dibunuh.

Mendengar laungan itu, Anas menjadi lemah dan hancurlah hatinya. Malah menambahkan lagi hasratnya untuk syahid di medan peperangan. Beliau semakin marah dan terus menentang musuh sambil hatinya berkata, "Muhammad telah pergi dan tidak kembali lagi. Muhammad telah berangkat ke hadrat Tuhan-Nya, dan biarlah aku orang yang mulamula mengikuti jejaknya dan berjuang di bawah kibaran benderanya".
Setelah itu, gugurlah pahlawan Anas dengan luka-luka pada jasadnya lebih daripada 80 tempat kerana terkena pedang, panah dan tombak musuh.
Hancur berkecai jasadnya sehingga tidak dikenali lagi, kecuali adik perempuannya yang dapat mengecam mayat Anas melalui jari-jari tangannya. Begitulah nasib Anas bin Nadhar yang telah syahid sebagai pahlawan Islam yang berani.

walualam ..  ini merupakan cerita yang aku baca di blog lain .. so , terasa menarik share pulak disni . untuk penambahan ilmu .. :) 
semoga menguatkan semangat kita untuk berterusan mencintai agama Allah dan mengamalkannya .

amalan si wanita muslimah

1. Mendirikan solat

Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya

Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

suka, sayang , atau cinta ?

PERBEZAAN ANTARA SUKA,SAYANG & CINTA . . 

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."




‎"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah berhujah
 dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil 
tidak faham landasan agama."

[Imam as Syafie]




Aku , mereka dan Camera



SEBELUM
selamat malam . apa khabar? sihat ? baik ? ok ? hehe
ok malam nie update lagi entry ..hhe 'begini ceritanya .. hhe memandangkan cuti semester [cuti sekolah] sudah bermula .. kami form 6 niekan tiada juga aktiviti ..tetapi masa last paper exam stpm sem 1 cikgu Adura [guru kaunseling ] bagi
announcement tentang aktiviti anjuran Giatmara Libaran Sandakan ..aku tertariklah ..jadi sebelum paper ekonomi bermula aku pun pegilah jumpa cikgu adura minta borang dan bagi nama .. kursus yang aku ikuti ada dua . yang pertama kursus graphic Design & Advertising ..1 lagi kursus teknologi penyejukbekuan & penyaman udara .. full sebulan lah dua2 aktiviti nie ..hehe
..

Selang beberapa minggu pihak pengurusan Giatmara pun ada call dan informkan aktiviti sambil bertanya comform ka aku ikut . hehe ..jadi jawabnya YES!! COMFORMLAH !! 
.haha



SEMASA

19 -23  November 2012 
(kursus graphic design &advertising)
pada hari pertama kursus tu ak datang lewat ..hehe Segaja cari pasal . Iyya ka iya ?
endak bha pula .. lambat bah pulak besiap .. hhe Pada hari tu sampai jak di sana kami berkenalan dengan cikgunya. dan sebahagian peserta .. kawan2 ku pun ada juga .. alia,samsuri , dang, noy , phaz, shakira , emma ,suryanti dan ada lah kawan2 lain dari sekolah lain. dari smk sandakan , smk agama sandakan , smk perempuan , smk
merpati , mrsm kalau tidak silap ..[mungkin ada yang lain .maaflah aku lupa] hehe ^_^
kami lebih kurang 20 orang macam tu .. best ..best ..best .. hehe kami berkumpul dalam studio utama graphic design dan di ajar macam2 ..contonhya , cover majalah , kad kahwin, poster ,banner , produk 
(kopi & teh ) ..Cikgu yang mengajar kami Puan Lidya .. bestlah cikgu nie ..peramah ..
hehe
Terima kasih cikgu ! Ilmu yang cikgu ajar tidak akan di lupakan . =)  love u lah cikgu ..hhe ..
Erm , sepanjang aktiviti nie berlansung banyak input lah aku dapat . hehe Makanan lagi kenyang bah ..
pagi ,tengah hari , dan petang .. tempat solat pun senang .. terima kasih pihak pengurusan .:) Yang penting aku bersyukurlah . dapat pengalaman . hhe



inilah kami .. comel ka ? haha



KERJASAMA GiatMara Malaysia dan rakan strategiknya, Utusan Malaysia bagi melahirkan Kelab Teknologi Bumiputera, bertujuan memasyarakatkan bidang kemahiran teknikal dan vokasional melalui Program Latihan 1Malaysia yang kurikulum modularnya akan dirangka secara bersama selepas ini.




23 NOVEMBER 2012

merupakan hari terakhir dan penutupan bagi kursus yang kami  ikuti selama 5 hari .. Penutupan tu berlansung skitar jam 11 .. dirasmikan oleh Tuan haji .. [ lupa...]  haha . ada penyampaian sjil peserta dan 
peserta terbaik .. hehe Ohya lupa pulak . sebelum tu ada slide show hasil kerja kami .. 
makkk oiii , lcu ... haha hasil kerjayaku tu smbrang sak .awal2 lagi ditayang ...malunya .. >_< 
hhe  ketawa sendiri lagi menengok hasil kerjaya sendiri yang bertabur .haha  ..punya main buruk .haha









Selepas aktiviti gambar bergambar .. kami pun di sediakan makan .. sekitar jam 12 lebih kami majlis pun bersurai . hehe aku pun balik .. 
tahniah kepada yang berjaya menghabiskan kursus nie ..
buat warga giatmara :
kalau ada sumur diladang ,
boleh saya menumpang mandi ,
 kalau ada umur yang panjang ,
insyaAllah akan datang kita jumpa-jumpa lagi ..

hehehe 


assalammualaikum w.b.t 















wanita terbaik







Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..

sabar wahai sahabat








Jika orang yang engkau cintai menyakiti hatimu padahal engkau telah berbaik hati padanya, maka bersabarlah...

Jika telah bersabar dia tetap menyakiti hatimu, maka tetaplah bersabar...

Jika tetap bersabar, dia masih menyakiti hatimu, maka teruslah bersabar...

Jika terus bersabar, dia masih juga menyakiti hatimu, maka nasehatilah dia...

Jika telah dinasehati, dia masih juga menyakiti hatimu, maka mintalah padanya untuk tidak menyakiti hatimu...

Jika inipun sudah engkau lakukan dan dia tetap menyakiti hatimu, maka ikhlaskanlah...

Jika telah ikhlaspun dia tetap selalu menyakiti hatimu, maka diamkanlah dia...

Jika engkau telah mendiamkannya tapi dia tetap menyakiti hatimu, maka tinggalkanlah dan berdo'a untuk kebaikannya...

Mungkin dia memang tidak mencintaimu dan bukan jodohmu...




Jangan malu untuk menulis tentang Islam walaupun sepotong ayat. Mana tahu dengan sepotong ayat itu berjaya menyentuh HATI pembacanya... 

In Shaa Allah

pilihan kita





JODOH DALAM ISLAM ..
Jodoh terbahagi kepada 3 iaitu jodoh dari syaitan , Jodoh dari Jin , jodoh dari Allah .. Justeru itu ,kita sebagai manusia haruslah bijak menentukan pilihan yang terbaik dalam mencari Jodoh kita agar mendapat keberkatan dan keredhaan di daripada Sang Khalik dunia dan InsyaALLAH sampai syurga ..

JENIS JODOH DALAM ISLAM

Jodoh dari Syaitan
Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Jodoh dari Jin
Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Jodoh dari Allah SWT
Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.

Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita.

Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut:
Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.

Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga.

Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.








Kini bila brtentangan mata..

Bergementar sluruh anggota..
Entah mengapa..Tiada ku tahu..
Brdepan dgn mu ku trasa malu..♥

terukir senyuman




Hal yang paling sweet, adalah ketika dua hati saling merindui tapi tidak berkomunikasi.. Melainkan keduanya saling mendo'akan dalam sujudnya masing-masing.
Bila rasa yang hadir adalah anugerah yang Allah beri, maka sangat tak pantas jika anugerah itu kita gunakan untuk bermaksiat pada-Nya... Karena hanya Allah yang tahu , rindu itu pantas dipersatukan, atau hanya sebuah ujian.. Apakah kita mampu bersabar, dari godaan syaitan yang mengajak kita kepada kemaksiatan..

CINTA bukan sekadar bermesej 24 jam sehari 7 hari seminggu. CINTA bukannya sekadar berkata “I love you” atau “Saya sayang awak”.
Bukan juga dengan mengambil berat sekadar bertanya “Dah makan?
Kalau tak sihat jangan lupa pergi klinik.”

BUKAN

CINTA ialah satu tanggungjawab..
Berani melafazkan CINTA bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik..


sitausi mereka :


“Apa beza antara suka dan cinta?” Si gadis bertanya.

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu menjawab : “macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”

“Terangkan?” Si gadis musykil.

“Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samala
h macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…





ѕтαят ωιтн вιѕмιℓℓαн .

єи∂ ωιтн αℓнαм∂υℓιℓℓαн .
ραтιєи¢є ωιтн ѕυвнαиAℓℓαн .
ρяσмιѕє ωιтн ιиѕуαAℓℓαн .
уσυя ℓιfє ωιℓℓ вє вℓєѕѕє∂ ву Aℓℓαн ѕωт



ohya , beberapa hari nie isu pertumapahan rakyat palestin makin menjadi-jadi pula . menjadi topik bualan d mukabuku ,twitter ,blog dan lain.. so . lets pray for Gaza





ALLAHUAKHBAR ....!!!!






belajar untuk memahami



assalammualaikum w.bt
apa yang kta tidak pernah tahu akan menjadi tahun sekiranya kita berusaha untuk mengambil tahu .. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ini sudah jelas menunjukkan sebagai seorang manusia kita seharusnya sentiasa merubah diri kita untuk mengubah nasib kita. so , entry kali ini menyentuh maksud perkataan KUN FAYA KUNN ..

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


[Al An'aam:73]

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


[Maryam:35]

Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Ali 'Imran:47]
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.

[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.


Walaualam ..

kelebihan solat

.. FAKTA ILMIAH TENTANG SUJUD ...

Bismillahi minal Awwali wal Akhiri ... Secara spiritual, kita semua tahu bahwa sujud adalah saat² terdekat kita dengan Sang Khaliq. Secara medis.... Subhanallah !!! banyak manfaatnya, antara lain :

1. Mengalirnya darah ke otak ...

Aliran getah bening dipompa kebagian leher dan ketiak. Posisi jantung diatas otak menyebabkan darah yang kaya akan oksigen bisa mengalir maksimal ke otak. Karena itu lakukan sujud dgn tuma'ninah agar darah mencukupi kapasitasnya ke otak. (Dr. Fidelma, neurolog dari Amerika)

2. Apabila otak mendapatkan pasokan darah dan kaya oksigen, maka dapat memacu kerja sel-selnya. Dengan kata lain, sujud yang tuma'ninah dan terus menerus dapat memacu kecerdasan. (Prof. Sholeh, risetnya telah mendpt pengakuan dari Harvard Univesity, AS)

3. Melatih kekuatan otot tertentu, termasuk otot dada, dimana terjadi kontraksi pada otot tersebut. Kebiasaan sujud mengembalikan serta mempertahankan organ-organ perut pada tempatnya kembali/fiksasi.

4. Radiasi yg ditimbulkan oleh teknologi listrik dapat memberikan efek samping dan membahayakan organ² tubuh, terutama otak. Dimana kalau dibiarkan akan menimbulkan penyakit kejang otot, radang tenggorokan, mudah lelah, stress,migrain, hingga pikun di usia dini.

Nah ketika sujud, kelebihan ion² positif yang ada di dalam tubuh kita akan mengalir ke bumi, karena bumi adalah tempat ion2 negatif. Maka terjadilah proses netralisasi radiasi listrik dan magnet tersebut.

Sujud yang sempurna adalah dengan menempelkan 7 anggota badan (dahi,hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua kaki) ke bumi.

(Dr. Muhammad Dhiyaa'uddin Hamid, dosen jurusan Biologi dan ketua department radiasi makanan pd Lembaga Penelitian Tekhnologi Radiasi)

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...


http://diaryofsnowfiffpy.blogspot.com/

nasihat dari sahabat kepada sahabat




Adik : akak , kenapa pergi sekolah akak pakai tudung tapi bila kat luar sekolah akak tak pakai tudung ?


Akak : Alaa , peraturan sekolah kena pakai tudung laa , kalau tak pakai nanti kena ronta . ish malu tau ark kalau kena rotan . Sakit pulak tu .



Adik : Ouhhh , jadi akak takut laa dengan peraturan sekolah ?



Akak : Iye laa adik . kalau tak pakai , kang tak pasal-pasal kena rotan . Eii tak mao laa . Sakitt dan maluuu .



Adik : Habeh , akak tak takut ke kena rotan kat dalam kubur ? Akak tak takut ke nanti kena bakar sebab tak pakai tudung . Rambut tu kan sebahagian daripada aurat perempuan . Akak takut peraturan sekolah , tapi peraturan Allah , akak abaikan . Akak malu bila dirotan , tapi akak tak malu pulak ek melanggar peraturan Allah . Kena rotan dalam kubur lebih sakit daripada kena rotan kat sekolah . Kita nie hamba Allah je , kita tak de hak nak melanggar peraturan Allah . Berubahlah akak selagi sempat . Tutuplah aurat akak , kalau akak sayangkan abi , ummi , abang dan adik . Adik sayang akak , adik tak nak nanti akak kena seksa dalam kubur dan kena bakar . Tutup aurat yea akak . :') Cantik bila akak bertudung . 



CeritaHati : Tutuplah auratmu sayang . Tutuplah rambutmu itu . Setiap inci tubuhmu adalah milik suamimu kelak . :')

http://diaryofsnowfiffpy.blogspot.com/

Tuhan berikan aku Pedoman


Roda waktu tak pernah menunggu

Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa



Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan



Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur



Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan



Oooooooooooo……



Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba



Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-pedoman-nora-vou-voices-of.html#ixzz2C66yfSoI


Hati yang kembali


" (iaitu) orang yang takut kepada Allah yang Maha Pengasih,sekalipun
 tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat ."
(Qaf : 33)


Pemilik hati yang kembali  ini tidak suka bertangguh terhadap pelawaan kepada 
kebaikan dan ketaatan.Dia yakin dengan menyambut seruan Allah swt 
adalah lebih utama biarpun hawa nafsunya mengajak kearah yang berbeza.
Dia sedar dan sangat yakin dalam hidupnya mesti mengutamakan kecintaan 
kepada Allah dan rasul Nya .
Dia tahu balasan untuk semua itu adalah syurga .


Firman Allah swt  dalam surah Ali Imram ayat 133 
yang bermaksud :

"..Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu
 dan mendapatkan syurga yang luas.
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang 
bertakwa .."