letak salji

Hati yang kembali


" (iaitu) orang yang takut kepada Allah yang Maha Pengasih,sekalipun
 tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat ."
(Qaf : 33)


Pemilik hati yang kembali  ini tidak suka bertangguh terhadap pelawaan kepada 
kebaikan dan ketaatan.Dia yakin dengan menyambut seruan Allah swt 
adalah lebih utama biarpun hawa nafsunya mengajak kearah yang berbeza.
Dia sedar dan sangat yakin dalam hidupnya mesti mengutamakan kecintaan 
kepada Allah dan rasul Nya .
Dia tahu balasan untuk semua itu adalah syurga .


Firman Allah swt  dalam surah Ali Imram ayat 133 
yang bermaksud :

"..Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu
 dan mendapatkan syurga yang luas.
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang 
bertakwa .."