letak salji

kerja oh kerja. .

~ LALALALA ...Kerja oh kerja ..`

Hello my pretty,sweaty & beauty blog .how are you darling ? sorry baby fiy tak singgah dekat dia ya . hoho . LLL
oo ya, Asssalammualaikum and salam sejahtera to  all of you yang sudi singgah lantas membaca blog fiy yang kekadang merepek ni .haha ADOo ker ? followers pun 15 jer .haha  tak kisah , tujuan fiy bina kubu  dan kawasan snow fffpy ni pun bukan untuk popular dan banyak pengikut . Cuma untuk suka-suka dan menyampaikan sedikit pengetahuan serta kisah hidup fiy serta sekeliling . uiisstt~ merapu tingkat 50 dah ni . hihihi
KAWAN-KAWAN !  kita kan nak bagitau . kita sudah habis exam tau . Bangga ni >...<  ( Kembang-kempis dah hidung ni) BANGGA DAPAT HABISKAN FORM SIX . yeah .. selalu fiy tertanya-tanya . why ya, kalau orang tanya  masih sekolah ? ka then I say YES ! pastu diaorang akan tanya tingkatan berapa . i say form SIX !! they will say (malay = wow   , Cina = aiyaa  Indian = tututtutt –because i never say about school with them .hehe) My special friend answers my educated question : sebab STPM tu susah .orang bumiputera jarang form six. Ooo now saya faham bab itu . hehe
Sekarang form six sudah selesai. Mudah-mudahan fiy memperolehi keputusan yang membanggakan (bukan untuk riak tau.. tidak sama sekali. :3) Fiy harap sangat keputusan tu membolehkan fiy masuk ke University dan ambil course yang fiy suka .jeng ,jeng , jeng  = PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH @ PEGURUSAN SUMBER MANUSIA .
After exam fiy terus cari kerja .Alhamdulillah fiy berjaya dapat kerja di restoran terkenal seluruh dunia . KFC !! yeaah. . meskipun fiy posted to LOBBY .as long as fiy masi boleh dpatakan keja . taklah fiy menjadi penganggur yang terhormat kat rumah .haha ^-^ Harap-harap fiy buat kerja sungguh sunguh dan fiy akan selalu ingat pesan nenek .SET kat minda dan hati insan kerdil  ini .

 “Biarlah sedikit rezeki (gaji) kamu . yang penting hasil titik peluh sendiri dan biarlah halal . Jangan sesekali ambil hak orang atau curi tulang ..Keberkatan itu yang penting ..” I love u mama .. i’m proud of you ...thanks pesanan mama . fiy akan ingat sentiasa.  Inshaa Allah. J

a night to remember

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera ,
Hai anda semua apa khabar ? Khususnya sesiapa yang membaca blog fiy ni .Maklumlah blog fiy ni taklah sepopular blog mereka-mereka yang lain .hehe budak baru belajar nak cerita-ceritalah katakan .hohoho
^_^ Fiy nak share entry hari ni pasal annual dinner fiy baru-baru ni..fuh ! Top story ni kat sekola fiy .cerita Satu bulan pun belum tentu abis .Fiy datang sekola jak topik utama `about  D i n n e r ` lalala ..that why nak  share with u all . hehe N o n  S t o p!  

Macam mana nak mula ya ? Okey gini. Pada 30 october 2013 Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti sekolah fiffpy adakan Annual dinner kat Sabah Hotel .sedihhh jugalah sebab ini merupakan aktiviti last untuk kami semua setelah lebih kurang 1 tahun setengah jadi form six dan lagi menyedihkan aktiviti yang dicadangkan ni tak begitu mendapat sambutan dari segelintir pelajar upper form 6 . -_-  Alasan?
cukup mudah : teda duitlah ,buang masa lah ,tiada kawanlah , pengangkutan dan paling fiy terasa hatilah ada yang cakap ini party liar .W H A T ? ! ! Tiada akal ka apa ? its okeylah diaorang mungkin lebih tahu hukum-hukum tu .. up to Mereka . hihi kamu tiada pun acara boleh jalan .G R A N D gituuu ..ambek kau..hoho  Ingat orang yang ikut semua tu kaya ? anak Dato ? Duit boleh cari Pengalaman tu  jarang-jarang kita peroleh. Bukan marah emo sikit .haha Apa-apapun fiy tak marah sebenarnya cuma ingatlah apa perasaan kita bila sesuatu event tu kita rancang then tujuan kita tuk kebaikan tak di support malah diperlekehkan .hari ini mugkin kita boleh buat orang begitu . esok lusa kita tak tahu nasib kita kan . 
Stop bahagian tazkirah ni . haha

BILA sudah beberapa kali buat meeting kami tetap jalankan acara tu .dari 100 lebih pelajar upper sesi 2012/2013 hanya 46 orang yang ikut tak silap fiy . sikit kan? apa boleh buat ..haha First ,cadangan tarikh acara tu 26 oct tapi kena delay ke 30 oct sebab dah ada orang booking awal.amboi bahasa percakapan macam dalam kapal terbang pulak kan .hihihi
Bincang punya bincang kami pun setuju tarikh 30 oct,Sabah Hotel ,7.00-11.00 malam,Tema formal,yuran RM55 dan bermula lah kesibukan kami semua yang ikut mencari baju yang sesuai tuk malam tu .dan paling sibuk mereka yang menjadi AJK .hihi 



Hitung hari punya hari tarikh 30 tupun tiba dengan penuh debaran oleh kami .excited sangat .ala maklumlah first time dan first batch buat acara grand macam ni .orang sabah cakap kebaruan haha. 
Sampai seja disana excited lagi semua dengan penuh fesyen yang penuh stylelista gitu.haha Terkejut semua melihat pakaian sesama sendiri .yang perempuan anggun bergaya dan lelaki segak bergaya. seperti ABP jak gelagat semua .hehe


 Pengacara : iyma & Rahim 





 

                           






  

Haaa .dah tgok tak ? Macam mana? best tak? Party Liar ka tu ? Rasanya tak kan? So sesiapa yang cakap tu baik balik rumah beli cermin dan gam gajah pegi gam mulut tu .

Ini pemenang pada malam tu 
+
+
+
+

1) Kategori Penyanyi Terbaik


Sharul a.k.a along  versi Hazama  : Terbaiklah long!! semua lagu dia sapu habis .hehe

2) Pakaian Paling Grand 

kategori lelaki 


Brandon Aguinaldo : Pakaian yang amat smart .Congrates friend..!


Kategori Perempuan


Nurfaidah a.k.a Dang : Fiy hampir tak kenal . Memang Grand sangat ! hehe

3) KING & QUEEN OF THE NIGHT

  


Yui & mui : speechless (Its' night Will always Remember) right ?

Fuhhh, dan penatlah nak story .tak party liar kan .kami semua masih jaga batas ..Kami kembali ke rumah dengan selamatnya .Alhamdulillah .. Perjuangan STPM final exam harus diteruskan ..chayo-chayo.. :-)


Kenangan terindah Prauniversiti SMK Sandakan batch 2012/2013



Pelajar Lelaki : Tampan Bergaya



Pelajar Perempuan :Anggun Bergaya

p/s : Sesiapa Yang Inginkan Kejayaan Sentiasa Menjadikan Halangan sebagai Satu peluang untuk Berjaya ..


aku nak ke sana

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 
Helloo babies ? how are u ? eeeueww, dirty same like MR.Pou! =.= 
Come to fiffpy . nak kena cuci-cuci , nak sapu-sapu nie .fuh .. i’m really tired ! hehe
SORRY blog ! fiy bukanlah 24hours boleh update u . and SORRY juga kepada sesiapa yang selalu ternanti-nati my story. huhu :/
 adoo ker ?  perasaan sungguh ! hahaha 
BULAN BERAPA DOH nii ?  dalam kiraan den dah bulan september nii . nak masuk OCTOBER dah nii  dan nak bergerak ke NOVEMBER !! OH MY GOD , fiy akan berhadapan dengan final exam for STPM . dalam fikiran nie selalu terbayang dang tergiyang-giyang suara lecture fiy say :
PASTIKAN TAHUN DEPAN CIKGU NDA NAMPAK LAGI KAMU BERADA DISEKOLAH NI..
(sambil tersenyum dan ketawa) 
Maksudnya disini cikgu tu nak kami 1 kelas sama-sama berjaya masuk universiti . masa kelas cikgu nie selalu cakap "..kamu datang sekolah untuk apa..?'' 
KATANYA lagi : ''..ndak apa-apa kalau kamu 1 kelasatau 1 Tingkatan 6 nielah masuk u ..ala UMS pun jadilah .. sewa kamu ramai-ramai bas tungma tu ..adehhh  .disitulah cikgu gembira berabis .BANGGA cikgu jadi cikgu kamu ." 
Bestlah cikgu nie . kami pelajar PRAUNIVERSITI ATAS 3 2012/13 SMSS beruntunglah dapat cikgu yang selalu push kami tentang masa depan, tentang U dan tentang erti kepuasan dalam sebuah kehidupan . Cikgu ni dalam kelas suka cerita ,cerita dan cerita .semuanya pengalaman hidup. Tapi ,best dalam ceritanya bukan cerita kosong .Penuh dengan pengajan, nasihat dan pengalaman .Betulah orang bilang .NILAI SEBUAH PENGALAMAN ITU LEBIH BESAR DARIPADA HARTA YANG BTERTIMBUNAN.


Secara peribadinya ,fiy nak sangat-sangat masuk universiti.fiy nak belajar ,nak timbah ilmu, nak dapat keja yang bagus . kan sekarang nie bila pelajaran kita tinggi tulah akan menjamin kehidupan kita yang lebih baik. kualiti tu penting .. ^_^
Fiy minat sangat kos pembangunan sumber manusia @ perancang bandar dan wilayah.
Masa kecik-kecik dulu lah kan , fiy punya minat sangat-sangat terarah kepada pendidikan .tapi fiy sedar makin lama bidang pendidikan nie lebih mengutamakan pelajar yang keputusanya meleTOP ! BOM KEBABOM ..macam sabun pencuci boom ! hehe Dipendekkan cerita, lama-kelamaan fiy dah tawar hati bidang tu ..Fiy cuba cari sesuatu yang pelik tapi fiy minat ..masa sekarang nii kita tak boleh memilih sangat nanti Habuk pun tadaa . hehe SO, wish me luck lah k ..yang penting sekarang fiy nak fokus on my stuDY  and final exam ..dah tak mau lah ada repeat paper tu . penat..~ Doakan fiy ya .. :)  






Aku Nak ke sana : UNIVERSITI  (kata cikgu : zaman yang paling best dan kita bebas adalah zaman di universiti tapi apalbila kita ikut saluran yang betul) 
@ Bachelor of Town and Regional Planning (Hons)

Seekor Kucing Yang Menyelamatkan Hidup Tuannya

Cerita Sedih Seekor Kucing Yang Menyelamatkan Hidup Tuannya [Menyentuh Hati] | Ini adalah kisah yang agak unik mengenai 2 sahabat yang begitu menyentuh hati dan cerita sedih tentang bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan. Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya

Cerita Sedih Bermula

Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” and “manic depression”.
James akhirnya kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal dijalanan.
James memulakan hidupnya dijalanan hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa di tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu james mengatasi ketagihannya.
Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.
Cerita Sedih 2 Cerita Sedih Seekor Kucing Yang Menyelamatkan Hidup Tuannya
Gambar Hiasan
Apabila Bob disisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen
Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.
~ Kasih sayang dan kesetiaan sesama makhluk Allah icon smile Cerita Sedih Seekor Kucing Yang Menyelamatkan Hidup Tuannya

adventure : second and last

Assalammualaikum dan hai selamat malam . fuhh ..berhabuk sudah blog fiy yaa. kesiannn sungguh ! -.-` EHHH ! JAP! Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM fiy mulakan cerita ya d temani lagu-lagu indah..angin malam yang nyaman dan suara kanak-kanak ( cousin fiy yang sangat bising ni) . amat mendamaikan fiy ! lahh sangat .. bisingnya .nie baru 3 orang cousin fiy nie buat bising ..belum lagi yang berbelas-belas tu datang .. ADUSHHH! bisa pening kita . hehe Malam ni fiy nak cerita pasal trip ke GUA GOMANTONG kelmarin dibawah ST.JOHN AMBULANCE PRAUNIVERSITI SMK SANDAKAN  EXCITED + LOYA. hahh..tulah perasaan kami sebelum dan selepas pergi ke sana . By the way ,tenx to pak guide bawa kami jalan-jalan . best tapi penat . . . . . adventure sangat . pakcik tu bidin ka namanya . maybe . dia terangkan kami pasal GUA ni dan fiy pun sebagai orang SABAH nie baru first time nie pergi sana .sebelum nie pergi GUA BATU TULUK jer tu pun 7-8 tahun dulu lah dengan family fiyy .kali nie pergi GUA GOMANTONG pula lawatan sambil belajar bagi unit fiy di sekolah ST JOHN AMBULANCE. hehe Rupan-rupanya kan GUA nie ada banyak dalamnya  iaitu GUA SIMUD HITAM DAN GUA SIMUD PUTIH . dan kami pi kedua-dua GUA tersebut .hebat tak? hehe HEBAT tau ! bukan senang mau masuk gua tu kena lalui jambatan panjang yang licin dan berlumut apalagi kalau hujan sangat mencabar . sampai saja di GUA SIMUD HITAM nie ada haruman semerbak  semula jadi terbaik dari GUA . TERBAIK !! bau najis burung layang-layang .Orang yang 1st time pegi memang geli punya .tapi bila sudah lama-lama dalam tu sudah ok punya .(^_^)  Teringat kawan fiy tanya . Bau-bau nie bau apa? ketawa kami semua . hahaha senyum saja pakcik tu .Pak cik tu kata, tanya saja apa mau tanya ..rugi nda tanya .sekali tadaaa .soalanya terbaik ..! hehe 




GUA SIMUD HITAM


SELEPAS habis di Gua tu kami sangka ni mahu balik lah konon ..sekali ada nie 1 orang kawan kata kita pi GUA SIMUD PUTIH lagi ..again *****..sabor jerlah ..hehe okey tak pa kami pi ..ingatkan guna jambatan macam sebelumnya tu .sekali tengok naik bukit .ambekk kau fiy ! hehe turun 3 kilo ..hoho makin  naik makin curam ..punya maen tinggi. huhh!
  

HAH , nilah sebahagian bukit yang kami lalui ..bukit bukan sebarang bukit tau.. bukit bukan tanah tapi batu  yang tajam-tajam tau..jatuh dan tergelincir perkara biasa lah tu. MUKA JAGA OK! ti menyembah muka ke batu tu habis hilang lah kehalusan kulitmu .haha




AKHIRNYA ! sampai ke GUA SIMUD PUTIH..SUBAHANALLAH ..SUNGGUH MENABJUBKAN ..tak payahlah sibuk-sibuk bazirkan duit melancong luar negara ..Sabah nie pon sudah terbukti khazanah Alam tiada bandingan. santikkan .. saya cabar datanglah GUA nie .ada berani???hehe
masuk dalam sahaja mengambil masa lebih kurang 4 jam kot .. dari jam 9 pagi sampai jam 12 lebih .. perut jangan cakaplah .berlagu riang minta diisi ..Tapi inilah pengalaman paling berharga ..lawatan kedua dan terakhir bersama unit beruniform st.john. fiy dah last sem tahun ni.. Terima Kasih YA ALLAH.. betul apa cikgu fiy cakap . masa kita belajar lah kita akan banyak pengalaman ..kita aktif ikut program sekolah ..kita banyak pengetahuan ..kita boleh belajar sambil melancong .ALHAMDULILLAH .. :') 
Sekitar jam 1 begitu kami pon bergerak balik ..sebab kami kena balik sandakan ..penat tu ndak payah cerita lah .dalam bas tidor .balik rumah tidor .hari ni pegal-pegal seluruh badan . Kaki sudah membengkak nie .fuhh..aktiviti  tuk hari nie kiv panjanggggg. SORRY AWAK ! ;) 




LEPAS BACA CERITA FIY ,MESTI TANYAKAN : SIMUD TU APA YA ?
SIMUD TU MULUT GUA..
klah fiy pun sudah penat .. Jadikan hari yang kamu lalui punya 1manfaat yang boleh kamu jadikan pengajaran.. tidak akan berulang hari ini tuk hari esok ..ASSALAMMUALAIKUM  w.b.t



kembali ke sekolah

Assalammualaikum dan selamat pagi , test ,test . . aduh!  berhabuk sudah pon blog si makcik fippy ya .alalala kesian .hehe fiffpy jarang buka blog ni sekaligus jarang nak publishkan story  about my life . yey! Lazy girls .. who ? Indeed , me : si cik  fiffpy . hehe
Tarikh hari ini 18 august 2013 .. yey ! itu bermakna esok merupakan hari persekolah akan bermula .waduhh....bermakna juga bermulalah perjuangan untuk menuntut ilmu . Fardu apa tu ? carilah di google ok guys. ^_^  hurm, selalu kita dengar home sweet home kan . tapi untuk situasi ni school  sweet school apa macam ? eh , macam pelik jak kan tapi macam okey juga kan .eh, whateverlah .hehe
Sepanjang cuti berminggu nie .uiseh , berminggu ya . psitt . salah lah . sepanjang cuti 2 minggu. hehe Fiy nie manada buat kerja rumah yang dibagi .alahai sekali terjumpa cikgu blog fiy nie kantoii lah jawabnya .hehe sory cikgu .mood raya sudah mareee..hehe 
Yaa mood raya lah sangat .. PBS Ekonomi dan Bm  sudah merayu-rayu minta disiapkan .si tuan ni sibuk beraya .. beraya konon padahal duduk rumah saja .hoho  Selamat Hari Raya rakan blog ,facebook,dan semualah.  :D
Ohya , fiy nak cerita satu cerita nie .kamu orang sudah pena tengok the conjuring ? kuhhhsemangat ! Taubat fiy tengok .takkan mau tengok lagi cerita yang menakutkan ni .tak boleh tidor malam kita dibuatnya .yeah.. P.A.D.A.N. M.U.K.A.. fiy sudah penakut pergi tengok lagi cerita tu sapa suruh kan? kena-kena lagi malamnya malam jumaat tengoknya dekat-dekat maghrib. hehe x mau tengok lagi .betul-betul tak mau .. :/ dipendekkan cerita pada hari khamis  fiy dan 3 orang cousins,3 siblings dan 2 anak buah fiy nie nak jalan-jalan lah konon .alamaklumlah ,jarang jumpa tapi pantang lau jumpa banyak idea gila yang jadinya ..kami nie konon pergilah bandar nie mau tengok wayang kat pawagam .nak minta kawan abang sepupu .tapi abang sepupu sibuk memanjang .terpaksalah kami menggunakan perkhidmatan bas mini .yeah seumpamah bas kami lah kayaknya ya..bising dan snap pic tu lagi gelagat kami. cian kan kami ..apalah punya abang sepupu .. sanggup tengok kami naik bas .ishh . hehe ....teada lah maen-maen saja . hihihihi ;)  
ALAlala . melalut sudah ni , cerita balik kepada cerita movie tadi tu ya .kepada mana-mana insan yang tenga mengandung ka,ada lemah jantung,sakit jantung atau apalaa penyakit berbahaya  yang tutup mata rapat-rapat .Jangan tengok !! Bahaya! sebab filem nie banyak suspen nyerrr .. tapi, kalau mau juga tengok silakan.Jan pula lepas tengok maen hide and clap u hand sudah. hehe 
fiy bagi 3 star lah untuk filem nie .sebab apa .lapar fiy di buatnya .apa taknya banyak tenaga digunakan untuk berteriak .....ish ,ish ,ish . tak patuttt ,tak patuttt .hehe 
Okeylah fiy mengantok ler .fiy tido dulu lah banyak keja mau siapkan lagi malam nie .esok sekolah . fiy harap persekolaha yang baru untuk fiy dan membawa seribu kerahmatan dari Allah S.W..T .ameen ..


PLEASE : DOAKAN UNTUK SAUDARA ISLAM KITA YANG SEDANG TERTINDAS .PLEASE . 
MALAYSIA WARGA YANG PRIHATIN KAN ..jom doa banyak-banyak ..






:: Happy eid mubarak ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera What a nice evening ! Bertemankan kicauan burung dan deruan angin .... tumbuh - tumbuhan ligat menari-nari ke kiri dan ke kanan diiringi deruan angin . Alhamdulillah , masih berkesempatan melihat semua keindahan ini . Eseh ! Melebih  Im afraid it might comes a little late, but I just can’t resist posting this up. Yalah, sekarang semua mesti kecoh satu rumah pasang itu dan ini, sebok decorate rumah nk kasi cantik. Adjust situ dan sini. Potong daging dan segala segala yang nk dipotong, haha, kan? Aku pula? Jari jemari aku ligat menaip aksara-aksara untuk d'publish. Well HELLO BABIES!!! im done okay ! Cuci lantai, lap tingkap, sental situ dan sini, pasang tabir (nenek used to call 'tabir' for curtain) semua lahhh!!! Haku pon terpaksa lah juga sibuk jadi Cinderella =.=" Anyway, back to the story . Well , seperti yang kita sedia maklumlh kan saban tahun raya pasti datang selepas mengerjakan rukun islam iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan  . ^_^ 
Wow , sebut pasal raya mesti sibuk nie makcik-makcik sebelah-menyebelah yang mau tukar semuanya serba baru .alahai bersederhana lah . but, fiy pun kalau di bagi chance to do what i want,,hmmm ...sapu haabislh brang-brang kedai tu nampaknya .hehe aippp..lumrah orang perempuan dek oii . mahu semuanya serba cantik . special tau .. untuk peningkan kepala kaum adam .hahaha cian bapa fiy kan .hehe
oooraittt ..dipendekkan cerita fiy sebenarnya nak ucapa selamat hari ray jak .tu dekat atas-atas tu mukadimmah jer .hehe Memandangkan hari nie merupakan first day all of muslim in this world  celebrate >>>> eid mubarrak .so fiy pun nak sibukkan diri jugalah ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .MAAF ZAHIR DAN BATIN ..Raya raya juga .kerja PBS fiy dah memangil2 minta dikemaskinikan .oh no! buka sekolah fiy nak bentang depan pensyarah . semoga dipermudahkan . saye nie pemalu orangnya + cepat gelabah . ( lah sangat ..-,-'') hehe








Diary Early June'


Alhamdulillah selangkah hari lagi beranjak ke bulan baru kan . Alhamdulillah .. jika ada umur yang panjang dan berkesempatan kita akan berpuasa tidak lama lagi kan . hehe Syukur Pada Mu Ya Khaliq kerna kesempatan dan umur yang ada sehari kesehari masih mampu aku sebagai insanmu melaluinya.
                                        
 1 JUN 2013      

My mama kesayangan  balik daripada  daripada Mekkah selepas lebih kurang 11 hari menunaikan ibadah umrah . eh, ada ka ibadah umrah . hehe not sure pulak . sory .waa, sangat-sangat excited nya fiy mau sambut kepulangan nenek ... eee ...mestilah .dari kecil orang tak pernah berpisah tau. Tapi tidak apa ..kata orang, berjauhan boleh membuatkan kita sedar betapa pentingnya seseorang itu dalam hidup kita . iyaa .macam fiy sendiri .fiy sedar pentingnya nenek dalam Hidup fiy .. I  LOVE MY MOM !!




ini nenek fiy namanya : Saayah binti Haji Majid
<seorang ibu,nenek,dan teman berbicara yang sangat penyayang >







Gambar dua-dua nie nenek dan Abah fiy semasa di KLIA.



  2 JUN 2013  

Iya .. sibuk..sibuk..sibuk... kenapa ? kenapa? ahhh .nilah punya pasal .hehe
bila diorang nenek balik dari KL terus kami buat makan malam sama-sama ..tapi,tapi tapi.., bukan di Restoran lah .di rumah sahaja .makan ramai-ramai..lebih baik,lebih nikmat,lebih selera. dan paling penting lebih kenyang.Kalau di kedai... adoiyaa.. tidak kenyang kita.haha Jangan haraplh mau makan banyak-banyak .tentera nenek nie ramai .anak 9,  cucu 33 orang dan cicit 5 orang .haha!
sepertimana fenomena ayat terkini ( INI KALI LAH!!) hehe
Sapa sanggup spend kami ? sanggup ?hehe



ini baru sedikit .yang lain belum lagi .
image TEMA MALAM INI image 
:: Makan malam makanan  berlauk Kampung ::
-biar mati anak,jangan mati adat.kerna asal dari kampung -
haha    image

  3 JUN 2013  

Erm.. rasanya masa ni fiffpy free day .. sebab teda mau buat .hehe fiy baca novel rasanya ..ehh , yakah ?
someone please ingtkan saya jika saya salah .? hehe  image 
Fiy menjadi princess yang pemalas didalam bilik .hihi



  4 JUN 2013 

ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILAHI ..DENGAN BERKAT DAN IZINNYA ..Lahir lagi seorang hamba Allah iaitu bakal seorang pemimpin untuk keluarganya .hehe adik baby kecik nie.Nama ? erm.. papanya belum jumpa lagi .masih belek-belek kamus katanya .haha~ Whateverlah.. yang penting fiy tumpang gembira fiy dapat adik sepupu  lelaki  yang baru .hehe Yey ! yeh! yippi .. 
to uncle : indak apa uncle .hari ketujuh lah kasi nama dia ..kan sunat , pastu buat kenduri .kita makan-makan ckit .wah wah.. cadangan fiy .memandai-mandai .hehe


Photo

comel  kan ..comel kan.hehe
Nama : **********(masih menjadi tanda tanya)
Tarikh lahir : 4 Jun 2013 jam 5.05 pagi
lepas sembayang subuh tu ..hehe

  5 JUN 2013 


 Wow ..ini kali lah ..Dengan penuh semangat fiffpy pun mencat bilik..
bertemakan warna hijau ..penatnya .tapi puas hati tau .inilah hasilnya .Tetapi ini masih dalam proses pengecatan bukan pengemasan.jadi bilik agak bertabur.haha





 

Sebab mencat juga fiy x dapat jalan bersama kawan-kawan fiffpy..sory kawan-kawan 


  6 JUN 2013 

Hah ..ary ni fiy d surh pergi beli barang dapur oleh nenek .adeh . dekat sebulan sudah nie  tidak drive  kereta .agak takut-takut juga fiy tau .haha tapi memandangkan tiada lagi mau di suruh fiy pun pergilah .. dan mahu tahu hargai barang semua RM 161.05 ..HAHA ! eh, bukan suka-suka ambil tau .fiy ikut dalam list ..bakinya fiy lah yang bayar .bertuah punya kedai .mahal kau .. Please Dato sri Najib wujudkan kunun kedai 1 malaysia di sandakan nie . Jadi murah juga cikit barangnya. yakah murah ? hehe

Fiy juga ambil my lappy kesayangan .Cian dia seminggu masuk KLINIK MULTIMEDIA..
dan sekali pulang rumah ..aduh.. buka laptop rupanya kena format .apalah macam ,,?? image






Oklah setakat nielah fiy mau kongsi ..hari sudah malam sangat-sangat.(11.51 pm)
Assalam. sweet dream baca doa sebelum tidur tau .baca fatihah dan 3 Qul ya ..
daaa ~



>>>>>>>>>>>>>>>Jadikan hari ini lebih bermakna ditinggalkan dari hari kelmarin<<<<<