letak salji

reunion hari-hari ke sekolah .







Alhamdulillah.. senyum-senyum hati..


"Ahahaa.. aku dah tahu kenapa kau ponteng kelas.."



"Haa? kau tahu apa?"



"Aku tahu.. selama ni, kau selalu lupa.. kan?"



"Lupa? Maksud kau?"


"Kau lupa bahawa study itu amanah."

"Gulp." 

Yups. Begitulah.. Study itu amanah. Nanti, Allah akan tanya pasal amanah study ni.. Then, apa jawapan yg kita boleh bagi? Kita study sungguh2, sekadarnya, atau bermalas-malas? 

Tepuk dada, tanya diri sendiri. Hehee =)
Ingat peringatan dpd Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui" [Al-Anfal: 27]




fiffpy baru tersedar selepas membaca  dialog pendek diatas. Dalam sedar mahupun tidak sedar sebenarnya kita sebagai manusia di muka bumi ini sebenarnya sedang memikul sebuah tangggungjawab dalam menjalani sebuah kehidupan ..Ya Allah , fiffpy insaf akan hal tersebut.. Sejujurnya ,selama fiffpy bersekolah bermula dari ta dika sehingga ke tingkatan 6 sekarang ermm . .. rasanya , fiffpy mudah lupa akan "amanah yang sedang di pikul .." .. Selalu alpa akan tanggungjawab tersebut ..Alangkah ruginya selama fiffpy bersekola fiffpy selalu main-main dan tidak serius dalam  belajar semasa di sekolah .Walaubagaimanapun , fiffpy tetap bersyukur sebab pengetahuan yang baru fiffpy perolehi inilah boleh menyedarkan fiffpy daripada terus alpa dan mudah lupa akan harapan baharu dalam tahun baru ini ..
masih mood tahun barulah katakan  .  hehe 

Oklah sebelum fiffpy banyak lagi mahu mengarut . bagus fiffpy ceritakan sedikit permulaan masuk semula ke sekola tadi .. Waa, langsung tidak excited mahu pi sekolah . haha bertuah punya budak ! haaah , ini masa fiffpy belum baca tau yang kat atas tu . Lupa akan tanggungjawab .. but , for tommorow . Inshaa Allah  sudah sedia untuk belajar bersungguh-sungguh . Doakan ya .. terima kasih ..( =.= )   Kata cikgu Hs  yang ajar kelas fiffpy subjek pengajian Am 
untuk tahun baru ni  `2013 ` datanglah rajin ke sekola . jadikan setiap kali datang ke sekola sebagai reunion kamu ..ini tidak sudah habis sekolah baru sibuk-sibuk mahu buat reunion lah pulak..seisi kelas ketawa .. hehe tapi betul juga kata cikgu tu kan .?. hehe  Selain tu cikgu tu cakap juga yang budak pemalas-pemalas datang sekola nielah yang akan sibuk cakap rindu sekola . samaada di facebook or mana-mana lah  . hehe Maybe juga kan .. fiffpy pun ndak tahu ..
hehe 


 USAHA tanpa DOA adalah kesombongan. DOA tanpa USAHA adalah kebohongan.



 Jadilah seperti AKAR yang gigih mencari air, menembus tanah yang keras demi sebatang pohon. Ketika pohon tumbuh,

berdaun rimbun, berbunga indah, menampilkan elok pada dunia dan mendapat pujian, akar tak pernah iri, ia tetap sembunyi dalam tanah. Itulah makna dari sebuah KETULUSAN.




Semoga keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kesabaran selalu menghiasi hati kita... :)